Friday, 16 November 2018

Fakta 9


NABI ISA a.s. DAN ST. PAUL OF TAURUS
ST. PAUL BERASAL DARI TAURUS YANG TERLETAK DI TURKI. NABI ISA a.s. DARI PALESTIN (ISRAEL KINI). JARAK ANTARA DUA TEMPAT INI IALAH AMAT JAUH. PAUL TIDAK MENGWNALI NABI ISA a.s. SEPANJANG HIDUP NABI ISA a.s. DI BUMI BERSAMA PENGIKUTNYA DALAM MENYAMPAIKAN DAKWAHNYA. SEBAB ITULAH AJARAN KRISTIAN HARI INI ADALAH AJARAN “PAULIAN” YANG BERCAMPUR DENGAN AJARAN MENYEMBAH BERHALA DAN BUKANNYA AJARAN YANG BERASAL DARI NABI ISA a.s. YANG SEBENARNYA.


SIAPAKAH YANG MENYESATKAN ORANG-ORANG KRISTIAN?

Siapakah yang bertanggungjawab menyesatkan orang-orang Kristian?
Jawapannya ialah Paulus. Ajaran Kristian (pada hari ini) bukannya ajaran Nabi Isa a.s tetapi ianya adalah penyelewengan oleh Paulus. Perbezaan antara 2 ajaran tersebut adalah seperti berikut:

Umumnya semua Pendita Kristian di Barat menyatakan bukan semua yang ada dalam agama Kristian adalah dari Nabi Isa a.s, bahkan mengaku adanya perbezaan antara ajaran Paulus dengan ajaran Nabi Isa a.s. Hanya golongan beragama selalu berusaha untuk mempertemukan perbezaan itu. Di bawah ini kita kutip sahaja keterangan dari ENSIE jilid 1, muka 326 tentang perbezaan-perbezaan ini:

1.    Nabi Isa selalu mementingkan dalam khutbah-khutbahnya akan kedatangannya kerajaan Allah yang akan datang.
Sedangkan Paulus menitikberatkan pada kedatangan kembali Nabi Isa a.s itu sendiri.

2. Nabi Isa selalu mementingkan dalam khutbah-khutbahnya akan keEsaan Allah S.W.T. dan menyembahnya dengan setulus hati serta tidak sekali-kali menyekutukannya.
Paulus menitikberatkan tentang Nabi Isa itu "Anak Tuhan".

3.     Nabi Isa tidak pernah membicarakan tentang dosa warisan.
Paulus mengajarkan dosa warisan (Rum 5:12).

4.   Nabi Isa ajar tentang pengampunan dari Tuhan atas dasar penyesalan dan taubat sungguh-sungguh pada perkataan dan perbuatan dari manusia serta dasar adanya kemahapengampunan daripada Tuhan sendiri.
Paulus menyandarkan pengampunan Tuhan pada penyaliban diri Nabi Isa.

5.    Nabi Isa tetap mengakui hukum Taurat, dan perlu diamalkan oleh pengikut-pengikutnya, lihat (Matius 5:17, 18) Kedatangan Yesus adalah UNTUK MENYEMPURNAKAN TAURAT dan tiada satu titik pun dalam Taurat akan diubah/dibatalkan sehingga kiamat.
Paulus membatalkan hukum Taurat dan menyatakan ianya telah digantikan dengan iman pada penyaliban Jesus untuk menebus dosa manusia (Rum 3: 21-28). Syariat Taurat tidak berlaku lagi dengan penebusan Nabi Isa (Rum 7: 4-6).

6.     Nabi Isa hanya ajarkan Injil untuk Yahudi (Matius 15: 24-26).
Paulus ajarkqn Injil kepada orang kafir luar Yahudi.

7.     Nabi Isa mewajibkan pengikutnya meneruskan hukum Ibrahim tentang bersunat/khatam.
Paulus sebaliknya (Rum 3:30 dan lain-lain).

8.    Nabi Isa sangkal & tolak dirinya dipertuhankan. Oleh itu tidak didapati satu ayat pun daripada kata-kata Nabi Isa sendiri dalam Injil bahawa " Akulah Tuhan", "Sembahlah Aku". Bahkan ayat Trinity dalam Bible adalah tambahan kerana ianya tidak didapati dalam manuskrip yang tertua tapi ianya didapati dalam manuskrip kemudian. Ini jelas ianya tambahan dan perubahan yang dilakukan oleh pendita-pendita Kristian untuk sokong akidah Trinity mereka. Nabi Isa bukannya tuhan di samping Tuhan Yang Maha Esa (Matius 7:21-22).
Paulus mengangkat Nabi Isa sebagai tuhan (I Korintus 1: 1-9, 12:3 dan lain-lain), dan anggap dirinya sendiri jelmaan Kristus (Galada 2: 19,20). Oleh kerana itulah kita dapati golongan Kristian yang menolak ketuhanan Nabi Isa (Trinity - tiga dalam satu), seperti golongan Jehuwa dan Unitary Faith yang menyatakan Allah adalah satu dan Isa a.s. seorang nabi.

9.  Paulus halalkan dagina yang najis (Rum 14:4 & 20), (Titus 1:5), (1 Korintus 6:12). Dalam kitab (Imanat fasal 11) dan (Yehezkiel 4:14) menerangkan perkara-perkara yang dilarang seperti babi, bangkai dan lainnya.
Cara penyelewengan yang dilakukan Paulus ialah dengan mengaku dirinya seorang nabi supaya mudah melakukan penyelewengan kepada agama kristian yang asal. Kisah Paulus jadi nabi bertentangan antara satu dengan lain, bahawa pengakuan Palus jadi ras itu adalah buatannya sendiri. Disimpulkan dari kenyataan-kenyataan di bawah ini:
Berita-berita Paulus dapat wahyu dari dari Nabi Isa di jalan ke Damsyik seperti yang diterangkan dalam Kita Rasul-rasul itu sendiri adalah bersisihan isi antara satu sama lain.
Dalam kisah 9:7 dikatakan: "Maka orang yang berjalan bersama-sama dengan dia itu pun berdiri tercengang, mendengar suara itu, tetapi tiada nampak barang seorang pun".
Tetapi dalam Kisah 22:9 soal itu juga dikatakan Paulus: " Sungguhpun segala orang yang bersama-sama dengan aku itu nampak cahaya itu, tetapi tiada mendengar suara Dia, yang bermata kepadaku itu."
Dalam Kisah 9:4 dan Kisah 22:7 dikatakan Paulus rebah sendiri waktu lihat cahaya itu matanya lalu buta dan disuruh oleh suara Isa itu pergi ke Damsyik untuk menerima tugas melalui mulut seorang Nasrani di sana (Ananias).
Tetapi dalam Kisah 26:14 dikataman yang rebah itu ialah semua mereka (jadi Paulus serta kawan-kawannya juga), dan Kisah 26:14 ini juga dikatakan bahawa dia melihat Isa (jadi beliau tidak buta) dan menerima tugas kerasulan itu di tempat itu juga bukan di Damsyik melalui Anasias.

Dalam ilmu psikologi dinyatakan kalau seseorang menceritakan sesuatu peristiwa beberapa kali dan ianya tidak pernah sama maka itu bererti peristiwa itu bohong atau jiwa orang itu tidak normal (gila).