Friday, 16 November 2018

Fakta 1


Trinity

Trinity bukan ajaran Nabi Isa a.s. Semua nabi mengajar manusia sembah Allah S.W.T. dan tidak menyekutukan-Nya. Allah tuhan yang tidak beranak dan tidak diperanakan, tiada sesuatu pun yang menyerupainya di langit dan bumi. Bahkan Injil menyebut berkenaan perjanjian yang paling utama dalam (Markus 12:28-30, Mat 22:34-40, Lukas 10:25-28).

Markus 12:28
Di situ ada seorang guru Taurat yang mendengar perbincangan mereka. Dia melihat bahawa Yesus telah menjawab soalan orang Saduki dengan baik. Oleh itu dia bertanya kepada Yesus; "Perintah manakah yang paling utama di antara semua perintah?"

Markus 12:29
Yesus menjawab, "Inilah perintah yang paling utama, 'Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Dialah Tuhan Yang Esa.
CATATAN: LIHATLAH AJARAN NABI ISA A.S YANG SEBENAR, ADAKAH TRINITY AJARAN YESUS  YANG PALING UTAMA???.

Markus 12:30
Kasihilah Allah Tuhanmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan seluruh akalmu, dan dengan segala kekuatanmu.'
CATATAN: TIADA SATU PATAH PUN PERKATAAN "TRINITY" DALAM AL-KITAB.

Markus 12:31
Perintah yang kedua ialah, 'Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri. 'Tiada lagi perintah lain yang lebih utama daripada kedua-dua perintah ini."
CATATAN: AJARAN TRINITY TIDAK PERNAH DIAJAR OLEH YESUS SEPANJANG HIDUPNYA.

Markus 12:32
Guru Taurat itu berkata kepada Yesus; "Tepat sekali, Guru, benar kata-Mu itu, bahawa Dia Esa, dan bahawa tidak ada yang lain kecuali Dia”.
CATATAN: AJARAN TRINITY ADALAH AJARAN BERHALA DARIPADA AJARAN MITRA ROMAN.

Markus 12:33
Manusia harus mengasihi Allah dengan sepenuh hati, dengan seluruh akal, dan dengan segala kekuatannya. Dia juga harus mengasihi sesama manusia seperti dia mengasihi diri sendiri. Mematuhi kedua-dua perintah ini lebih mustahak daripada mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati Tuhan dan koban-korban lain."
CATATAN: NABI ISA TIDAK PERNAH MENDAKWA DIA DAN HOLY SPRIT ADALAH TUHAN.

Markus 12:34
Yesus melihat bahawa guru Taurat itu menjawab dengan bijak. Lalu Yesus berkata kepadanya, "Kamu tidak jauh daripada pemerintahan Allah." Selepas itu tidak seorang pun berani mengajukan pertanyaan kepada Yesus.