Matthew 21:46
"...sebab mereka menganggap Jesus sebagai nabi". Ayat di atas dengan jelas beritahu
pandangan orang ramai terhadap Jesus pada ketika itu ialah "SEORANG
NABI", bukan "SEORANG TUHAN"!!! Dan inilah yang diakui oleh Nabi
Isa sepanjang hayatnya.
Sebagaimana juga orang ramai anggap John
Pembaptis (Nabi Yahya a.s) sebagai seorang nabi (Matt 21:26). Dalam kitab Yahya
5:30 - "Aku tidak dapat melakukan apa-apa Menurut kehendak-Ku sendiri. Aku
menghakimi orang menurut apa yang aku dengar (wahyu yang diperintahkan oleh
Allah). Oleh itu keputusan-Ku adil, kerana Aku tidak mengikut kehendak-Ku
sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus Aku". Ayat ini jelas
bahawa Jesus menerima wahyu dari Allah dan menjatuhkan hukuman berdasarkan
wahyu Allah.