Friday, 16 November 2018

Fakta 19


Hakikat sejarah membuktikan golongan Paderi Kristian yang awal selepas Yesus diangkat ke langit, masih beribadat  di rumah ibadat orang-orang Yahudi dan melakukan amalan yang sama dengan mereka, semuanya masih menyembah Tuhan Yang Esa. Jadi ini jelas menunjukkan tuhan itu esa. Berpuluh Generasi Awal Kristian tidak tahu dan dengar tentang "Trinity". Paulus sendiri pun tidak tahu tentang "Trinity". Apa yang diajar oleh Paulus sebenarnya adalah ajaran "Anak Tuhan" iaitu menyamakan Nabi Isa dengan Tuhan!!! Tapi tolak ketuhanan "Holly Sprit".

Soalan 1:
Apakah yang disembah oleh Mariam sebelum Isa a.s. lahir? Apakah yang disembah Mariam apabila Isa a.s. lahir? Sembah bayinya? Apakah yang disembah Mariam apabila Isa a.s. diangkat ke langit? ***Adakah satu ayat, Mariam mengajak manusia sembah Isa a.s.? Atau Mariam mempertuhankan Isa a.s.? Mariam dan Nabi Isa a.s. ikut ajaran siapa? Lihat (Matius 5:17-20) – UNTUK MENYEMPURNAKAN TAURAT.

Soalan 2:
Di zaman Nabi Isa a.s. terdapat tiga orang nabi yang diutus Allah hamper serentak iaitu Nabi Zakaria, anaknya Nabi Yahya (John The Baptis) dan Nabi Isa alaihimussalam. Jadi, apakah yang disembah oleh mereka??? Adakah Zakaria, anaknya Nabi Yahya (John The Baptis) menyembah Nabi Isa a.s.??? Atau Nabi Isa a.s. menyuruh mereka berdua menyembahnya sebagai tuhan??? Nabi Yahya pernah ditanya tentang 3 orang nabi yang pernah dinantikan oleh orang Yahudi??? Adakah Yahya a.s. menyatakan bahawa salah seorang darinya itu adalah tuhan??? Dan menyatakan misi Yesus untuk disalib bagi menebus dosa semua manusia???
Catatan: Orang Yahudi amat membenci nabi-nabi pada ketika itu Nabi Zakaria a.s. mati dengan digergaji dan dibelah dua manakala anaknya Nabi Yahya a.s. (John The Baptis) telah dibunuh dengan dipenggal kepalanya, adapun Nabi Isa a.s. mereka juga cuba untuk membunuhnya melalui perancangan jahat bersama dengan Judas Iskariot tetapi Allah telah menyelamatkan Nabi Isa a.s. dan memperkenankan doa Nabi Isa a.s. kerana kesolehannya (Ibrani 5:7) dan pengkhianat itulah sendiri dan akhirnya diserupakan dengan Nabi Isa a.s. dan beliaulah yang menerima malu seterusnya disalib dan digantung… Lihat Injil Barnaba dan Injil Peter (THE APOCALYPSE OF PETER). Mati tergantung di LAKNAT.

Soalan 3:
Menurut kepercayaan Kristian Nabi Isa a.s. akan mewarisi takhta Nabi Daud a.s. (Lukas 1:30-33). Hujah ini adalah tidak benar kerana:
1)      Nabi Isa a.s. keturunan Yoyakhim sebagaimana kitab 1 Tawarikh dan Matius 1:1-16, Yoyakhim membakar kitab Nabi Barukh, beliau dan keturunannya dilaknat oleh Allah, lihat Yermia 36:29-31 dan tak layak masuk sidang tuhan.
2)      Bahkan Nabi Daud a.s. sendiri pun tak layak menduduki takhta tersebut kerana menurut Al-Kitab Anak haram 10 keturunan tak boleh masuk Sidang Umat Tuhan (Ulangan 23:2), PARIS (PERES) moyang Daud a.s. anak zina (Kejadian 38:23-29). Jadi, Daud anak yang ke-10!!!

Soalan 4:
Menurut kepercayaan Kristian Nabi Isa a.s. akan duduk di sebelah kanan tuhan dan akan mengadili manusia di hari kiamat nanti. Hujah ini adalah tidak benar atas alasan berikut:
1)      Nabi Isa a.s. keturunan Yoyakhim sebagaimana kitab 1 Tawarikh dan Matius 1:1-16, Yoyakhim membakar kitab Nabi Barukh, beliau dan keturunannya dilaknat oleh Allah, lihat Yermia 36:29-31 dan tak layak masuk sidang tuhan.
2)      Jika Yesus duduk sebelah kanan tuhan ertina beliau bukan tuhan??? Jika Yesus dalam tuhan dan tuhan dalam Yesus mka tiada lagi duduk di kanan atau di kiri!!! Sebab beliau adalah tuhan!!! Dan di mana pula tuhan oknum ketiga iatu “Rohul Kudus” duduk??? Depan atau belakang??? Tepi atau tengah!!!
3)      Kepercayaan ini sebenarnya adalah sangat berbahaya kepada dunia Kristian itu sendiri!!! Ini bererti tuhan telah mati dan akan terus berada di dalam kuburnya sehngga dibangkitkan nanti!!! Bukankah tuhan “Trinity” tidak terpisah??? Jadi… Siapakah yang menjadi tuhan sekarang???

Soalan 5:
Allah telah mengutus beribu-ribu orang nabi dan beribu-ribu helaian Al-kitab sebelum Yesus… tapi kenapa tiada satu nabi pun yang mengajar bahawa Yesus itu adalah Tuhan? Begitu juga tiada satu ayat pun yang menyatakan dengan jelas tanpa sebarang keraguan bahawa Yesus adalah Tuhan, Holly Spirit/Rohul Kudus juga adalah Tuhan??? Nabi Musa menyebut tentang “kedatangan seorang nabi sepertinya” bukannya kedatangan tuhan yang telah memberikannya Kitab Taurat dalam bentuk seorang manusia namanya Yesus??? Bahkan Yesus sendiri pun tidak pernah menyatakan akulah tuhan!!! Atau sembahlah aku!!! Atau akulah sebahagian Oknum ketuhanan!!! Tetapi beliau menyatakan sembahlah Allah yang Esa dan tiada sekutu baginya.

Soalan 6:
Adakah Yesus sendiri pernah menyatakan bahawa Holly Spirit adalah tuhan atau sebahagian dari Oknum ketuhanan yang wajib disembah???
Catatan: Tahukah kamu bila Holly Spirit diangkat menjadi tuhan??? Yesus diangkat secara rasmi menjadi tuhan pada sidang niecea 325 a.d. pada perenggan “the Father and the Son are of the same substance (homoousious)”. Pada ketika ini perbincangan hangat ialah “kedudukan Yesus dan Bapa” antara golongan Athanasius ang menyokong “anak Tuhan” dengan makna “Hakikat bukan Kiasan/Kinayah” dan Arius yang menyokong Allah Tuhan yang Esa. Pada ketika ini tidak diragukan oleh kedua-dua belah pihak sama ada Athanasius atau Arius bahawa Holly Spirit bukan Tuhan atau sebahagian dari Oknum ketuhanan, ini lebih jelas apabila kita mengkaji tulisan pendita awal Kristian yang membicarakan tentang “Kalam/Firman” adakah sewujud dengan bapa atau tidak??? Adakah anak sewujud dengan Bapa??? Adakah tuhan dua peribadi atau satu??? Adakah peribadi Jesus (anak) sama dengan Allah (Bapa)? Adakah tuhan lapar dan dahaga?!!! Gereja berusaha menjelaskan konsep ketuhanan bapa dan anak yang satu, bercerai tapi tidak berpisah!!! Satu yang gagal dijelaskan oleh pihak gereja sampai sekarang!!! Itulah tajuk perbincangan awal pendita Kristian antara dua golongan ini. Hakikat membuktikan bahawa Holly Spirit masih belum diangkat menjadi tuhan atau sebahagian dari Oknum Ketuhanan pada ketika itu!!! Holly Spirit hanya menjadi tuhan melalui “Athanasian Creed” (sekitar kurun ke-5) pada ayat “But the Godhead of the Father, of The Son, and of the Holly Spirit is all one, the glory equal, the majesty coeternal”. Persoalan “Anak Allah” telah lama bangkit semenjak dari zaman Nabi Isa a.s. Perselisihan antara Barnaba dan Paulus antaranya berkenaan tajuk ini di samping Paulus menghalalkan daging najis (Babi), menghapuskan khatan dan lain-lain. Lihat awal dan akhir Injil Barnabas berkenaan kes ini. Tetapi Paulus tidak sembah “Holly Spirit”!!!

Fakta 18


Apa perasaan kita jika seseorang telah selamatkan nyawa kita dari mati lemas? Adakah kita akan memarahinya dan memukulnya??? Jadi... Hero sebenar Kristian "Trinity" bukannya "Yesus" tapi "Judas Iskariot", "Without help of Judas Christian will not exsist!!!

Fakta 17


Kenapa nabi-nabi yang lain beribu-ribu tahun sebelum Nabi Isa tak tahu tentang "Trinity" jika ianya tentang "Central Faith" utama yang teramat penting dan dasar kepercayaan yang sebenar bagi tuhan??? Adakah tuhan telah berubah dari Esa kepada Trinity??? Atau Tuhan telah mengubah ajarannya daripada tuhan yang Esa kepada Trinity yang menyamai ajaran penyembah berhala??? Atau berlaku penyelewengan???

Fakta 16


Ketika Yahudi bertanya Nabi Yahya tentang 3 orang nabi (Yahya 1:19-27);
1)      Elia,
2)      Juru Selamat,
3)      Nabi itu.

Jelas menunjukkan Mesiah/Juru Selamat itu atau Jesus tidak dianggap sebagai tuhan atau sebahagian dari ketuhanan melainkan tak lebih hanyalah sebagai salah seorang lagi nabi yang dijanjikan, bahkan Nabi Yahya a.s yang jawab soalan itupun tak anggap Jesus sebagai tuhan!!! Atau sebahagian dari ketuhanan. Apatah lagi yang tanya itu seorang Yahudi yang jelas sembah Allah Tuhan yang Esa seperti dalam 10 Commandment.

Fakta 15


Oleh kerana "Trinity" bukan ajaran Nabi Isa a.s. yang sebenar, melainkan ianya adalah tafsiran pihak gereja semata-mata maka kita dapati perselisihan pendapat yang berbeza dan tafsiran yang pelbagai berkaitannya, kerana perkataan "Trinity" sendiri tiada dalam al-Kitab. Ini jelas melalui tulisan pendita-pendita awal Kristian.

Perbalahan/tafsiran mereka tentang "Trinity". Hingga kini setiap gereja mempunyai pandangan mereka sendiri seperti Roman Katolik (Trinity dan terima Co-Equal, Co-Internal & Co-Substance), Protestant (Trinity dan menolak Co-Equal, Co-Internal, Co-Substance), Mormon, Pentecostal Chruch (Percaya Yesus adalah Allah & Allah adalah Yesus & tolak ketuhanan Holy Sprit), Unitarian, Jehovah's Witness (percaya kepada Allah yang esa & tolak Trinity kerana Trinity berasal dari ajaran penyembah berhala).

Fakta 14


Bersama Nabi Isa, terdapat dua orang nabi yang lain iaitu Nabi Zakaria dan Nabi Yahya, kedua-duanya tidak pernah menyembah Jesus a.s.!!! Dan meletakkan Jesus sebagai tuhan!!! Atau satu dari tiga tuhan (Trinity)!!! Sebagaimana keduanya tidak pernah sembah "Rohul Kudus" dan mempertuhankannya, begitu juga Mariam, ibu Nabi Isa tidak pernah mempertuhankan anaknya atau sembah Rohul Kudus sebagai tuhan.

Fakta 13


Matthew 21:46 "...sebab mereka menganggap Jesus sebagai nabi". Ayat di atas dengan jelas beritahu pandangan orang ramai terhadap Jesus pada ketika itu ialah "SEORANG NABI", bukan "SEORANG TUHAN"!!! Dan inilah yang diakui oleh Nabi Isa sepanjang hayatnya.

     Sebagaimana juga orang ramai anggap John Pembaptis (Nabi Yahya a.s) sebagai seorang nabi (Matt 21:26). Dalam kitab Yahya 5:30 - "Aku tidak dapat melakukan apa-apa Menurut kehendak-Ku sendiri. Aku menghakimi orang menurut apa yang aku dengar (wahyu yang diperintahkan oleh Allah). Oleh itu keputusan-Ku adil, kerana Aku tidak mengikut kehendak-Ku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus Aku". Ayat ini jelas bahawa Jesus menerima wahyu dari Allah dan menjatuhkan hukuman berdasarkan wahyu Allah.