Friday, 16 November 2018

Fakta 19


Hakikat sejarah membuktikan golongan Paderi Kristian yang awal selepas Yesus diangkat ke langit, masih beribadat  di rumah ibadat orang-orang Yahudi dan melakukan amalan yang sama dengan mereka, semuanya masih menyembah Tuhan Yang Esa. Jadi ini jelas menunjukkan tuhan itu esa. Berpuluh Generasi Awal Kristian tidak tahu dan dengar tentang "Trinity". Paulus sendiri pun tidak tahu tentang "Trinity". Apa yang diajar oleh Paulus sebenarnya adalah ajaran "Anak Tuhan" iaitu menyamakan Nabi Isa dengan Tuhan!!! Tapi tolak ketuhanan "Holly Sprit".

Soalan 1:
Apakah yang disembah oleh Mariam sebelum Isa a.s. lahir? Apakah yang disembah Mariam apabila Isa a.s. lahir? Sembah bayinya? Apakah yang disembah Mariam apabila Isa a.s. diangkat ke langit? ***Adakah satu ayat, Mariam mengajak manusia sembah Isa a.s.? Atau Mariam mempertuhankan Isa a.s.? Mariam dan Nabi Isa a.s. ikut ajaran siapa? Lihat (Matius 5:17-20) – UNTUK MENYEMPURNAKAN TAURAT.

Soalan 2:
Di zaman Nabi Isa a.s. terdapat tiga orang nabi yang diutus Allah hamper serentak iaitu Nabi Zakaria, anaknya Nabi Yahya (John The Baptis) dan Nabi Isa alaihimussalam. Jadi, apakah yang disembah oleh mereka??? Adakah Zakaria, anaknya Nabi Yahya (John The Baptis) menyembah Nabi Isa a.s.??? Atau Nabi Isa a.s. menyuruh mereka berdua menyembahnya sebagai tuhan??? Nabi Yahya pernah ditanya tentang 3 orang nabi yang pernah dinantikan oleh orang Yahudi??? Adakah Yahya a.s. menyatakan bahawa salah seorang darinya itu adalah tuhan??? Dan menyatakan misi Yesus untuk disalib bagi menebus dosa semua manusia???
Catatan: Orang Yahudi amat membenci nabi-nabi pada ketika itu Nabi Zakaria a.s. mati dengan digergaji dan dibelah dua manakala anaknya Nabi Yahya a.s. (John The Baptis) telah dibunuh dengan dipenggal kepalanya, adapun Nabi Isa a.s. mereka juga cuba untuk membunuhnya melalui perancangan jahat bersama dengan Judas Iskariot tetapi Allah telah menyelamatkan Nabi Isa a.s. dan memperkenankan doa Nabi Isa a.s. kerana kesolehannya (Ibrani 5:7) dan pengkhianat itulah sendiri dan akhirnya diserupakan dengan Nabi Isa a.s. dan beliaulah yang menerima malu seterusnya disalib dan digantung… Lihat Injil Barnaba dan Injil Peter (THE APOCALYPSE OF PETER). Mati tergantung di LAKNAT.

Soalan 3:
Menurut kepercayaan Kristian Nabi Isa a.s. akan mewarisi takhta Nabi Daud a.s. (Lukas 1:30-33). Hujah ini adalah tidak benar kerana:
1)      Nabi Isa a.s. keturunan Yoyakhim sebagaimana kitab 1 Tawarikh dan Matius 1:1-16, Yoyakhim membakar kitab Nabi Barukh, beliau dan keturunannya dilaknat oleh Allah, lihat Yermia 36:29-31 dan tak layak masuk sidang tuhan.
2)      Bahkan Nabi Daud a.s. sendiri pun tak layak menduduki takhta tersebut kerana menurut Al-Kitab Anak haram 10 keturunan tak boleh masuk Sidang Umat Tuhan (Ulangan 23:2), PARIS (PERES) moyang Daud a.s. anak zina (Kejadian 38:23-29). Jadi, Daud anak yang ke-10!!!

Soalan 4:
Menurut kepercayaan Kristian Nabi Isa a.s. akan duduk di sebelah kanan tuhan dan akan mengadili manusia di hari kiamat nanti. Hujah ini adalah tidak benar atas alasan berikut:
1)      Nabi Isa a.s. keturunan Yoyakhim sebagaimana kitab 1 Tawarikh dan Matius 1:1-16, Yoyakhim membakar kitab Nabi Barukh, beliau dan keturunannya dilaknat oleh Allah, lihat Yermia 36:29-31 dan tak layak masuk sidang tuhan.
2)      Jika Yesus duduk sebelah kanan tuhan ertina beliau bukan tuhan??? Jika Yesus dalam tuhan dan tuhan dalam Yesus mka tiada lagi duduk di kanan atau di kiri!!! Sebab beliau adalah tuhan!!! Dan di mana pula tuhan oknum ketiga iatu “Rohul Kudus” duduk??? Depan atau belakang??? Tepi atau tengah!!!
3)      Kepercayaan ini sebenarnya adalah sangat berbahaya kepada dunia Kristian itu sendiri!!! Ini bererti tuhan telah mati dan akan terus berada di dalam kuburnya sehngga dibangkitkan nanti!!! Bukankah tuhan “Trinity” tidak terpisah??? Jadi… Siapakah yang menjadi tuhan sekarang???

Soalan 5:
Allah telah mengutus beribu-ribu orang nabi dan beribu-ribu helaian Al-kitab sebelum Yesus… tapi kenapa tiada satu nabi pun yang mengajar bahawa Yesus itu adalah Tuhan? Begitu juga tiada satu ayat pun yang menyatakan dengan jelas tanpa sebarang keraguan bahawa Yesus adalah Tuhan, Holly Spirit/Rohul Kudus juga adalah Tuhan??? Nabi Musa menyebut tentang “kedatangan seorang nabi sepertinya” bukannya kedatangan tuhan yang telah memberikannya Kitab Taurat dalam bentuk seorang manusia namanya Yesus??? Bahkan Yesus sendiri pun tidak pernah menyatakan akulah tuhan!!! Atau sembahlah aku!!! Atau akulah sebahagian Oknum ketuhanan!!! Tetapi beliau menyatakan sembahlah Allah yang Esa dan tiada sekutu baginya.

Soalan 6:
Adakah Yesus sendiri pernah menyatakan bahawa Holly Spirit adalah tuhan atau sebahagian dari Oknum ketuhanan yang wajib disembah???
Catatan: Tahukah kamu bila Holly Spirit diangkat menjadi tuhan??? Yesus diangkat secara rasmi menjadi tuhan pada sidang niecea 325 a.d. pada perenggan “the Father and the Son are of the same substance (homoousious)”. Pada ketika ini perbincangan hangat ialah “kedudukan Yesus dan Bapa” antara golongan Athanasius ang menyokong “anak Tuhan” dengan makna “Hakikat bukan Kiasan/Kinayah” dan Arius yang menyokong Allah Tuhan yang Esa. Pada ketika ini tidak diragukan oleh kedua-dua belah pihak sama ada Athanasius atau Arius bahawa Holly Spirit bukan Tuhan atau sebahagian dari Oknum ketuhanan, ini lebih jelas apabila kita mengkaji tulisan pendita awal Kristian yang membicarakan tentang “Kalam/Firman” adakah sewujud dengan bapa atau tidak??? Adakah anak sewujud dengan Bapa??? Adakah tuhan dua peribadi atau satu??? Adakah peribadi Jesus (anak) sama dengan Allah (Bapa)? Adakah tuhan lapar dan dahaga?!!! Gereja berusaha menjelaskan konsep ketuhanan bapa dan anak yang satu, bercerai tapi tidak berpisah!!! Satu yang gagal dijelaskan oleh pihak gereja sampai sekarang!!! Itulah tajuk perbincangan awal pendita Kristian antara dua golongan ini. Hakikat membuktikan bahawa Holly Spirit masih belum diangkat menjadi tuhan atau sebahagian dari Oknum Ketuhanan pada ketika itu!!! Holly Spirit hanya menjadi tuhan melalui “Athanasian Creed” (sekitar kurun ke-5) pada ayat “But the Godhead of the Father, of The Son, and of the Holly Spirit is all one, the glory equal, the majesty coeternal”. Persoalan “Anak Allah” telah lama bangkit semenjak dari zaman Nabi Isa a.s. Perselisihan antara Barnaba dan Paulus antaranya berkenaan tajuk ini di samping Paulus menghalalkan daging najis (Babi), menghapuskan khatan dan lain-lain. Lihat awal dan akhir Injil Barnabas berkenaan kes ini. Tetapi Paulus tidak sembah “Holly Spirit”!!!

Fakta 18


Apa perasaan kita jika seseorang telah selamatkan nyawa kita dari mati lemas? Adakah kita akan memarahinya dan memukulnya??? Jadi... Hero sebenar Kristian "Trinity" bukannya "Yesus" tapi "Judas Iskariot", "Without help of Judas Christian will not exsist!!!

Fakta 17


Kenapa nabi-nabi yang lain beribu-ribu tahun sebelum Nabi Isa tak tahu tentang "Trinity" jika ianya tentang "Central Faith" utama yang teramat penting dan dasar kepercayaan yang sebenar bagi tuhan??? Adakah tuhan telah berubah dari Esa kepada Trinity??? Atau Tuhan telah mengubah ajarannya daripada tuhan yang Esa kepada Trinity yang menyamai ajaran penyembah berhala??? Atau berlaku penyelewengan???

Fakta 16


Ketika Yahudi bertanya Nabi Yahya tentang 3 orang nabi (Yahya 1:19-27);
1)      Elia,
2)      Juru Selamat,
3)      Nabi itu.

Jelas menunjukkan Mesiah/Juru Selamat itu atau Jesus tidak dianggap sebagai tuhan atau sebahagian dari ketuhanan melainkan tak lebih hanyalah sebagai salah seorang lagi nabi yang dijanjikan, bahkan Nabi Yahya a.s yang jawab soalan itupun tak anggap Jesus sebagai tuhan!!! Atau sebahagian dari ketuhanan. Apatah lagi yang tanya itu seorang Yahudi yang jelas sembah Allah Tuhan yang Esa seperti dalam 10 Commandment.

Fakta 15


Oleh kerana "Trinity" bukan ajaran Nabi Isa a.s. yang sebenar, melainkan ianya adalah tafsiran pihak gereja semata-mata maka kita dapati perselisihan pendapat yang berbeza dan tafsiran yang pelbagai berkaitannya, kerana perkataan "Trinity" sendiri tiada dalam al-Kitab. Ini jelas melalui tulisan pendita-pendita awal Kristian.

Perbalahan/tafsiran mereka tentang "Trinity". Hingga kini setiap gereja mempunyai pandangan mereka sendiri seperti Roman Katolik (Trinity dan terima Co-Equal, Co-Internal & Co-Substance), Protestant (Trinity dan menolak Co-Equal, Co-Internal, Co-Substance), Mormon, Pentecostal Chruch (Percaya Yesus adalah Allah & Allah adalah Yesus & tolak ketuhanan Holy Sprit), Unitarian, Jehovah's Witness (percaya kepada Allah yang esa & tolak Trinity kerana Trinity berasal dari ajaran penyembah berhala).

Fakta 14


Bersama Nabi Isa, terdapat dua orang nabi yang lain iaitu Nabi Zakaria dan Nabi Yahya, kedua-duanya tidak pernah menyembah Jesus a.s.!!! Dan meletakkan Jesus sebagai tuhan!!! Atau satu dari tiga tuhan (Trinity)!!! Sebagaimana keduanya tidak pernah sembah "Rohul Kudus" dan mempertuhankannya, begitu juga Mariam, ibu Nabi Isa tidak pernah mempertuhankan anaknya atau sembah Rohul Kudus sebagai tuhan.

Fakta 13


Matthew 21:46 "...sebab mereka menganggap Jesus sebagai nabi". Ayat di atas dengan jelas beritahu pandangan orang ramai terhadap Jesus pada ketika itu ialah "SEORANG NABI", bukan "SEORANG TUHAN"!!! Dan inilah yang diakui oleh Nabi Isa sepanjang hayatnya.

     Sebagaimana juga orang ramai anggap John Pembaptis (Nabi Yahya a.s) sebagai seorang nabi (Matt 21:26). Dalam kitab Yahya 5:30 - "Aku tidak dapat melakukan apa-apa Menurut kehendak-Ku sendiri. Aku menghakimi orang menurut apa yang aku dengar (wahyu yang diperintahkan oleh Allah). Oleh itu keputusan-Ku adil, kerana Aku tidak mengikut kehendak-Ku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus Aku". Ayat ini jelas bahawa Jesus menerima wahyu dari Allah dan menjatuhkan hukuman berdasarkan wahyu Allah.

Fakta 12


Trinity bukan ajaran Nabi Isa. Beliau tidak pernah mengajar supaya menyembah "Holy Siprit/Roh Kudus" sebagai tuhan atau mengajak manusia supaya mempertuhankannya. Begitu juga sejarah membuktikan tiada kalangan 12 orang pengikut setia Baginda (Hawariyyun/Utusan Nabi Isa - orang Kristian menyebutnya sebagai Rasul). Ibunya dan seluruh masyarakat ketika itu menyembah "Roh Kudus" sebagai satu bahagian dari tiga Oknum Ketuhanan (Trinity) atau sebagai tuhan yang disembah yang disifatkan sebagai "co-equal", "co-enternal". Jika satu tuhan lebih lemah dari yang lain maka ia tidak layak jadi tuhan, Tuhan amat berkuasa dan tiada sesuatu boleh mengatasi kuasanya. Ayat "My Father is Greather than me" menunjukkan dengan jelas Jesus bukan tuhan. Jesus juga tak tahu bila kiamat berlaku.

Fakta 11


Siapakah yang akan masuk syurga? Syurga milik siapa? Milik Jezus atau Allah? Adakah orang percaya Jesus Tuhan akan masuk syurga? Sila lihat Matthew 7:21 "...Hanya yang taat perintah Bapa masuk syurga".

Apakah perintah Bapa? Sila lihat (Ulangan 5:1-21) dan (Keluaran 20:8) - Ten Commandments, Inilah juga ajaran Jesus yang paling utama. Markus 12:28-34. PERCAYA TRINITY “CONFIRM” TAK MASUK SYURGA!!!

Fakta 10


Perubahan dalam agama Kristian telah membawa perubahan kepada asas yang amat penting iaitu al-Kitab itu sendiri hingga setiap mazhab ada kitab yang berbeza dan tidak dapat diyakini kebenarannya. Yang mana satukah senarai kitab yang benar???

**Which Bible? Bible yang mana satu? (Chatolic Bible 73 buku, Protestent 66 buku, Books of Mormon (Bible Mormon) 15 buku khas (66+15:41). Bible yang mana satu?

(APABILA ORANG KRISTIAN BERKATA "KITA PERLU PERCAYA BIBLE" ATAU MENYEBUT SESUATU TENTANG "BIBLE", KITA PERLU BERTANYA KEMBALI "BIBLE YANG MANA SATU?" KATOLIK,PROTESTANT ATAU MORMON? KENAPA SEMUA ORANG KRISTIAN TIDAK PERCAYA KEPADA KEPADA SEMUA KITAB-KITAB TERSEBUT? MACAM MANA PULA KITAB YANG DISEBUT DALAM AL-KITAB TETAPI KINI TAK WUJUD? LIHAT LOST BOOK (NUMBERS 21:14), (JOSHUA 10:13), (1 KINGS 11:41), (1 CHRONICLES 29:29), (YAHYA 2:17). BAGAIMANA PULA DENGAN "BACAAN RAHSIA"?


Wahyu 22:18
Aku bersaksi kepada setiap orang yang mendengar perkataan-perkataan nubuat dari kitab ini: "Jika seseorang menambahkan sesuatu kepada perkataan-perkataan ini, maka Allah akan menambahkan kepadanya malapetaka-malapetaka/laknat-laknat yang tertulis di dalam kitab ini.

Wahyu 22:19
Dan jikau seseorang mengurangkan sesuatu dari perkataan-perkataan dari kitab nubuat ini, maka Allah akan mengambil bahagiannya dari pohon kehidupan dan dari kota kudus, seperti yang tertulis dalam Kitab ini.


CATATAN:
MENAMBAH ATAU MENGURANGKAN SESUATU DARI MITAB SUCI WALAUPUN 1 AYAT DIANGGAP SEBAGAI 1 LAKNAT. APATAH LAGI GOLONGAN PROTESTANT YANG MENGURANGI DAN MEMBUANG SEJUMLAH AL-KITAB. MANAKALA GOLONGAN KATOLIK TELAH MENAMBAH SEJUMLAH AL-KITAB. GOLONGAN MORMON MEMPUNYAI JUMLAH AL-KITAB YANG JAUH BERBEZA DENGAN PROTESTANT DAN KATOLIK! SUDAH PASTI SEMUANYA AKAN DILAKNAT OLEH ALLAH BERDASARKAN KETERANGAN AL-KITAB!!!

Fakta 9


NABI ISA a.s. DAN ST. PAUL OF TAURUS
ST. PAUL BERASAL DARI TAURUS YANG TERLETAK DI TURKI. NABI ISA a.s. DARI PALESTIN (ISRAEL KINI). JARAK ANTARA DUA TEMPAT INI IALAH AMAT JAUH. PAUL TIDAK MENGWNALI NABI ISA a.s. SEPANJANG HIDUP NABI ISA a.s. DI BUMI BERSAMA PENGIKUTNYA DALAM MENYAMPAIKAN DAKWAHNYA. SEBAB ITULAH AJARAN KRISTIAN HARI INI ADALAH AJARAN “PAULIAN” YANG BERCAMPUR DENGAN AJARAN MENYEMBAH BERHALA DAN BUKANNYA AJARAN YANG BERASAL DARI NABI ISA a.s. YANG SEBENARNYA.


SIAPAKAH YANG MENYESATKAN ORANG-ORANG KRISTIAN?

Siapakah yang bertanggungjawab menyesatkan orang-orang Kristian?
Jawapannya ialah Paulus. Ajaran Kristian (pada hari ini) bukannya ajaran Nabi Isa a.s tetapi ianya adalah penyelewengan oleh Paulus. Perbezaan antara 2 ajaran tersebut adalah seperti berikut:

Umumnya semua Pendita Kristian di Barat menyatakan bukan semua yang ada dalam agama Kristian adalah dari Nabi Isa a.s, bahkan mengaku adanya perbezaan antara ajaran Paulus dengan ajaran Nabi Isa a.s. Hanya golongan beragama selalu berusaha untuk mempertemukan perbezaan itu. Di bawah ini kita kutip sahaja keterangan dari ENSIE jilid 1, muka 326 tentang perbezaan-perbezaan ini:

1.    Nabi Isa selalu mementingkan dalam khutbah-khutbahnya akan kedatangannya kerajaan Allah yang akan datang.
Sedangkan Paulus menitikberatkan pada kedatangan kembali Nabi Isa a.s itu sendiri.

2. Nabi Isa selalu mementingkan dalam khutbah-khutbahnya akan keEsaan Allah S.W.T. dan menyembahnya dengan setulus hati serta tidak sekali-kali menyekutukannya.
Paulus menitikberatkan tentang Nabi Isa itu "Anak Tuhan".

3.     Nabi Isa tidak pernah membicarakan tentang dosa warisan.
Paulus mengajarkan dosa warisan (Rum 5:12).

4.   Nabi Isa ajar tentang pengampunan dari Tuhan atas dasar penyesalan dan taubat sungguh-sungguh pada perkataan dan perbuatan dari manusia serta dasar adanya kemahapengampunan daripada Tuhan sendiri.
Paulus menyandarkan pengampunan Tuhan pada penyaliban diri Nabi Isa.

5.    Nabi Isa tetap mengakui hukum Taurat, dan perlu diamalkan oleh pengikut-pengikutnya, lihat (Matius 5:17, 18) Kedatangan Yesus adalah UNTUK MENYEMPURNAKAN TAURAT dan tiada satu titik pun dalam Taurat akan diubah/dibatalkan sehingga kiamat.
Paulus membatalkan hukum Taurat dan menyatakan ianya telah digantikan dengan iman pada penyaliban Jesus untuk menebus dosa manusia (Rum 3: 21-28). Syariat Taurat tidak berlaku lagi dengan penebusan Nabi Isa (Rum 7: 4-6).

6.     Nabi Isa hanya ajarkan Injil untuk Yahudi (Matius 15: 24-26).
Paulus ajarkqn Injil kepada orang kafir luar Yahudi.

7.     Nabi Isa mewajibkan pengikutnya meneruskan hukum Ibrahim tentang bersunat/khatam.
Paulus sebaliknya (Rum 3:30 dan lain-lain).

8.    Nabi Isa sangkal & tolak dirinya dipertuhankan. Oleh itu tidak didapati satu ayat pun daripada kata-kata Nabi Isa sendiri dalam Injil bahawa " Akulah Tuhan", "Sembahlah Aku". Bahkan ayat Trinity dalam Bible adalah tambahan kerana ianya tidak didapati dalam manuskrip yang tertua tapi ianya didapati dalam manuskrip kemudian. Ini jelas ianya tambahan dan perubahan yang dilakukan oleh pendita-pendita Kristian untuk sokong akidah Trinity mereka. Nabi Isa bukannya tuhan di samping Tuhan Yang Maha Esa (Matius 7:21-22).
Paulus mengangkat Nabi Isa sebagai tuhan (I Korintus 1: 1-9, 12:3 dan lain-lain), dan anggap dirinya sendiri jelmaan Kristus (Galada 2: 19,20). Oleh kerana itulah kita dapati golongan Kristian yang menolak ketuhanan Nabi Isa (Trinity - tiga dalam satu), seperti golongan Jehuwa dan Unitary Faith yang menyatakan Allah adalah satu dan Isa a.s. seorang nabi.

9.  Paulus halalkan dagina yang najis (Rum 14:4 & 20), (Titus 1:5), (1 Korintus 6:12). Dalam kitab (Imanat fasal 11) dan (Yehezkiel 4:14) menerangkan perkara-perkara yang dilarang seperti babi, bangkai dan lainnya.
Cara penyelewengan yang dilakukan Paulus ialah dengan mengaku dirinya seorang nabi supaya mudah melakukan penyelewengan kepada agama kristian yang asal. Kisah Paulus jadi nabi bertentangan antara satu dengan lain, bahawa pengakuan Palus jadi ras itu adalah buatannya sendiri. Disimpulkan dari kenyataan-kenyataan di bawah ini:
Berita-berita Paulus dapat wahyu dari dari Nabi Isa di jalan ke Damsyik seperti yang diterangkan dalam Kita Rasul-rasul itu sendiri adalah bersisihan isi antara satu sama lain.
Dalam kisah 9:7 dikatakan: "Maka orang yang berjalan bersama-sama dengan dia itu pun berdiri tercengang, mendengar suara itu, tetapi tiada nampak barang seorang pun".
Tetapi dalam Kisah 22:9 soal itu juga dikatakan Paulus: " Sungguhpun segala orang yang bersama-sama dengan aku itu nampak cahaya itu, tetapi tiada mendengar suara Dia, yang bermata kepadaku itu."
Dalam Kisah 9:4 dan Kisah 22:7 dikatakan Paulus rebah sendiri waktu lihat cahaya itu matanya lalu buta dan disuruh oleh suara Isa itu pergi ke Damsyik untuk menerima tugas melalui mulut seorang Nasrani di sana (Ananias).
Tetapi dalam Kisah 26:14 dikataman yang rebah itu ialah semua mereka (jadi Paulus serta kawan-kawannya juga), dan Kisah 26:14 ini juga dikatakan bahawa dia melihat Isa (jadi beliau tidak buta) dan menerima tugas kerasulan itu di tempat itu juga bukan di Damsyik melalui Anasias.

Dalam ilmu psikologi dinyatakan kalau seseorang menceritakan sesuatu peristiwa beberapa kali dan ianya tidak pernah sama maka itu bererti peristiwa itu bohong atau jiwa orang itu tidak normal (gila).

Fakta 8


25 DISEMBER.

HARI NATAL ADALAH PERAYAAN ORANG PAGAN. “PADA HARI ITU (25 DISEMBER) ORANG-ORANG KAFIR MERAYAKAN PERAYAAN “SOL INVICTUS” IAITU PERAYAAN TUHAN MATAHARI YANG TIDAK DAPAT DIKALAHKAN, PESTA ITU DIRAYAKAN DENGAN HIDUPNYA KEMBALI MATAHARI (SELEPAS MUSIM SEJUK DAN BERLAKUNYA SOLTIS) DAN IANYA MENJADI PESTA YANG SANGAT PENTING KETIKA MAHARAJA AURELIANUS (A.D. 270-275) MEMERINTAH ROM.”

Adakah Nabi Isa a.s merayakan Natal atau suruh pengikutnya merayakannya? Pada zaman Yesus hanya golo gan kafir menyambut hari ulang tahun kelahiran (Birth Day), lihat (Mat 14:6). Tarikh 25 Dis, matahari menghampiri bumi dan berlakunya soltis, salji mula cair… Ianya lambang kemenangan tuhan Matahari.

Soalan:
Adakah pokok krismas tumbuh di Bait-Lahem (tempat lahir Isa a.s) yang beriklim gurun? Adakah salji turun di sana? Pokok krismas adalah lambang agama kafir, sila lihat YERMIA 10:1-6. Apakah kaitan Pokok & Salji dengan 25 Disember? “MEREKA (GOLONGAN KRISTIAN) MENDEDAHKAN PERKATAAN GOLONGAN KAFIR SEBELUM MEREKA (MELALUI PERBUATAN MEREKA YANG SESAT ITU…) AL-QURAN.”

Tanya Paderi Kristian: Adakah Jesus pernah bersabda "akulah tuhan" atau "sembahlah aku"? Adakah Allah pernah bersabda "akulah tuhan" atau "sembahlah aku"? Adakah tuhan yang lain di samping Allah? Adakah bagi Allah sekutu di langit dan bumi? Adakah manusia itu tuhan dan tuhan itu manusia? Adakah tuhan lapar dan dahaga? Adakah tuhan luka dan sakit? Adakah tuhan mati? Bolekah tuhan dilihat? Bolekah tuhan dikalahkan?

Fakta 7


HARI AHAD atau “SABATH/SABTU”? “HOLLY + DAY” = “HARI KUDUS/SUCI”. Adakah Nabi Isa a.s pernah mengkuduskan hari ahad? HAKIKATNYA: SUN + DAY = HARI DEWA / TUHAN MATAHARI.

Hari Ahad adalah hari kudus golongan penyembah berhala khususnya ajaran Mitra yang menyembah tuhan matahari. Ajaran ini adalah ajaran utama bagi kerajaan Rom pada ketika itu.

Oleh itu, apabila kerajaan Rom menerima ajaran Kristian maka banyak ajaran/amalan penyembahan berhala yang dimasukkan ke dalam agama Kristian yang telah diubah terutamanya Ajaran Tauhid yang mengesakan Allah kepada Trinity, Mengkudus Hari Ahad, Merayakan Krismas Pada 25 Disember, Ester, Penggunaan Salib dan sebagainya.

Ajaran ini tidak mempunyai kitab yang khusus. Oleh itu Kitab Suci Kristian diguna pakai dengan penyelewengan yang dilakukan oleh pendeta Kristian.

Fakta 6


DOSA WARISAN BUKAN AJARAN NABI ISA a.s. DALILNYA kanak-kanak menikmati kerajaan Allah (Lukas 18:15-17, Mat 19:13-15, Mar10:13-16). Kanak-kanak adalah suci dari dosa dan mereka adalah golongan yang akan mendapat nikmat/kurniaan Allah.

Luk 18:15
Maka datanglah orang-orang membawa anaknya yang kecil kepada Yesus, supaya Ia menjamah mereka. Melihat itu murid-muridnya memarahi orang-orang itu.

Luk 18:16
Tetapi Yesus memanggil mereka dan berkata: "Biarkanlah anak-anak itu datang kepadaku, dan jangan kamu menghalangi mereka, sebab orang-orang seperti itulah yang menikmati kerajaan Allah”.

Luk 18:17
Aku berkata kepadamu: “Sesungguhnya barangsiapa tidak menyambut Kerajaan Allah seperti seorang anak kecil (yang suci dari dosa), ia tidak akan masuk ke dalamnya."

Fakta 5


HAKIKAT SEJARAH MEMBUKTIKAN DAN MENCATATKAN “TRINITY” ADALAH AJARAN YANG TIMBUL PADA KURUN KE-4. LIHAT Encyclopedia Britannica Inc. ATAU BUKU SEJARAH YANG LAIN. INI JELAS MENUNJUKKAN AJARAN NABI ISA a.s YANG SEBENAR IALAH MENYEMBAH TUHAN YANG SATU!!!

BERPULUH GENERASI AWAL KRISTIAN HIDUP DAN MATI TANPA MENGETAHUI ATAU MENDENGAR APA ITU “TRINITY”!!! JADI, SIAPAKAH YANG BENAR? GOLONGAN AWAL KRISTIAN ATAU GOLONGAN KEMUDIAN???

SIAPA YANG BERJUMPA DAN MENERIMA AJARAN DARI NABI ISA a.s.? GOLONGAN AWAL ATAU KEMUDIAN???

LAMBANG KRISTIAN YANG AWAL IALAH “IKAN”, BUKANNYA SALIB.

GOLONGAN KRISTIAN YANG AWAL TIDAK PERCAYA YESUS DISALIB SEBAGAIMANA FAKTA “INJIL BARNABA” DAN “THE APOCALYPSE OF PETER” juga dalam HEBREWS 5:7, tetapi seorang yang menyerupainya disalib!!!

HAKIKATNYA, “TRINITY” ADALAH AJARAN BERHALA YANG DIAMBIL DARIPADA AJARAN “PAGAN ROMAN”. Salib adalah lambang agama MITRA. Pernakah anda melihat salib yang ada bulatan di tengahnya? Tahukah apa ertinya? Ya!!! Ianya lambang matahari, seperti salib Mitra yang dijumpai di Tuam, Ireland - Ada tuhan Mitra disalib padanya dibuat sebelum kelahiran JESUS!!!

Fakta 4


Nabi Isa menyeru kepada Tuhan Yang Esa. Dalilnya seperti berikut:
1. Mengikut Musa a.s - Taurat (Matius 5:17-20) - Kedatangan Yesus untuk menyempurnakan Taurat.

2. Mengajar di Synagogues (John 15:2) - Yang menyembah Allah Yang Esa dan di Bait Allah (Lukas 22:53).

3. Berdoa kepada Allah di Taman Getsemeni.

(ADAKAH TUHAN PERLU BERDOA KEPADA KEPADA TUHAN IAITU DIRINYA SENDIRI??? JIKA YESUS ADALAH TUHAN!!!).

4.  Sebagai Nabi (John 4:31), John (7:40), (Lukas 4:43), (John 15:21), (John 11:41-45 - Bersyukur Lazarus dihidupkan, mukjizat menghidupkan LAZARUS DISEBUT OLEH JESUS "...Tanda Beliau diutus Allah" – IAITU SEORANG NABI YANG DIUTUS, BUKANNYA SEORANG TUHAN ATAU SEKUTU KEPADA TUHAN).

Fakta 3


Tiada 1 pun ayat dalam Bible menyebut "Trinity" atau ketuhanan Nabi Isa a.s, satu-satunya ayat trinity yang paling hampir ialah (1 JOHN 5:7) tetapi kajian oleh sarjana Kristian mendapati ayat "...dan adalah ketiga-tiga itu satu adanya" adalah dipalsukan dalam kurun ke-16, ianya tidak dijumpai dalam mana-mana manuskrip Greek sebelumnya, pertama kali dijumpai dalam "Bible Vulgate" iaitu Bible pertama yang dicetak.

Fakta 2


Nabi Isa a.s tidak pernah bersabda "Akulah Tuhan!!!" atau "Sembahlah Aku!!!". Bahkan JESUS ADA TUHAN seperti ayat berikut "...To My Father and Your Father and to My God and Your God" (John 20:17). Kesimpulannya tidak mungkin seorang tuhan mempunyai tuhan yang lain dan ALLAH tuhan Jesus jauh lebih berkuasa darinya “My father is greater than I” (John 14:28).

Fakta 1


Trinity

Trinity bukan ajaran Nabi Isa a.s. Semua nabi mengajar manusia sembah Allah S.W.T. dan tidak menyekutukan-Nya. Allah tuhan yang tidak beranak dan tidak diperanakan, tiada sesuatu pun yang menyerupainya di langit dan bumi. Bahkan Injil menyebut berkenaan perjanjian yang paling utama dalam (Markus 12:28-30, Mat 22:34-40, Lukas 10:25-28).

Markus 12:28
Di situ ada seorang guru Taurat yang mendengar perbincangan mereka. Dia melihat bahawa Yesus telah menjawab soalan orang Saduki dengan baik. Oleh itu dia bertanya kepada Yesus; "Perintah manakah yang paling utama di antara semua perintah?"

Markus 12:29
Yesus menjawab, "Inilah perintah yang paling utama, 'Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Dialah Tuhan Yang Esa.
CATATAN: LIHATLAH AJARAN NABI ISA A.S YANG SEBENAR, ADAKAH TRINITY AJARAN YESUS  YANG PALING UTAMA???.

Markus 12:30
Kasihilah Allah Tuhanmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan seluruh akalmu, dan dengan segala kekuatanmu.'
CATATAN: TIADA SATU PATAH PUN PERKATAAN "TRINITY" DALAM AL-KITAB.

Markus 12:31
Perintah yang kedua ialah, 'Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri. 'Tiada lagi perintah lain yang lebih utama daripada kedua-dua perintah ini."
CATATAN: AJARAN TRINITY TIDAK PERNAH DIAJAR OLEH YESUS SEPANJANG HIDUPNYA.

Markus 12:32
Guru Taurat itu berkata kepada Yesus; "Tepat sekali, Guru, benar kata-Mu itu, bahawa Dia Esa, dan bahawa tidak ada yang lain kecuali Dia”.
CATATAN: AJARAN TRINITY ADALAH AJARAN BERHALA DARIPADA AJARAN MITRA ROMAN.

Markus 12:33
Manusia harus mengasihi Allah dengan sepenuh hati, dengan seluruh akal, dan dengan segala kekuatannya. Dia juga harus mengasihi sesama manusia seperti dia mengasihi diri sendiri. Mematuhi kedua-dua perintah ini lebih mustahak daripada mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati Tuhan dan koban-korban lain."
CATATAN: NABI ISA TIDAK PERNAH MENDAKWA DIA DAN HOLY SPRIT ADALAH TUHAN.

Markus 12:34
Yesus melihat bahawa guru Taurat itu menjawab dengan bijak. Lalu Yesus berkata kepadanya, "Kamu tidak jauh daripada pemerintahan Allah." Selepas itu tidak seorang pun berani mengajukan pertanyaan kepada Yesus.